Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, November 11, 2012

BABY SCAN


 KLINIK IDZHAM TAMAN MELAWATI
date:13 jun 2012
usia kandungan >< 3 bulan

KLINIK TMN SRI RAMPAI
date:25 julai 2012
usia kandungan >< 4 bulan
status:tro plasenta previa

KLINIK TMN SRI RAMPAI
date:2 october 2012
usia kandungan ><7 bulan
scan susulan 
status:uri masih di bawah..

POLIKLINIK KOTARAYA
date:8 november 2012
usia kandungan 33 week 2 day
status:baby sihat,kedudukan uri normal,
 
utk memuaskan hati sendiri,mengambil langkah ke klinik pakar wanita ini,teramat berpuashati dgn penerangan yg diberikan oleh Dr tersebut.walaupun harga utk scan ini mmg terasa,tapi xpelah demi kesihatan diri dan baby yg bakal lahir,semua itu jatuh no3 dan 4.maklumlah Dr yg check pun bukan calang2...pangkat consultant lagi.of courselah setiap pertanyaan yg diberikan dijawab dgn baik.berbaloi-baloi,walaupun sedikit hampa jantina baby masih tidak diketahui.tapi bak kata Dr tersebut,asalkan baby dan ibu sihat dan dipermudahkan segalanya,itu sudah cukup.amin..

S.A.L.E PAMPERS wee-wee dry

stok untuk baby yg bakal lahir end of dis... berbaloi beli 1 kotak nih.harga murah skit dari pasaraya.. size:s32 X 8 pack (with small bags] price:rm100....

Monday, February 20, 2012

teringat...

Seperti tidak percaya,tahun ini hampir 6 tahun aku memegang jawatan wanita yang bekerjaya.yer ker?hahhaaa..spjg masa itu,banyak memori suka dan duka aku tempohi,kenangan indah tentunya dgn keletah adik2 yg begitu tbh mengharungi kesakitan dalam hidup mereka.hanya doa yg mampu aku berikan spy mereka mampu melawan sgla kesakitan itu.adik2 teruskan semangat jiwa kental dalam dirimu utk terus bertahan hingga akhirnya.

Sunday, January 1, 2012

hepi new year 2012

Tahun baru...azam pun kena renew azam baru nampaknya..tapi azam tahun lepas x dapat2 pun..huhuuuu....Azam tahun nih nak kahwin...hehehee.kalau kahwin tahun nih kena langkah bendullah...apepun yg penting....EnJoY

yang merapu adalah aku...miszlieny-qniey

Tuesday, October 18, 2011

cik misi oh cik misi...kesian

artikel ni jmpe kat internet,pendapat seseorang.. thankz~~~
Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.

Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?

Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.
Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.
Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.
Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.
Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?

Hargailah jasa mereka.
thankz pada org yg tulis ni =)
i'm proud to be one of NURSES out there..