Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, March 27, 2011

memori kk3-utusan malaysia

ARKIB : 12/01/2002

M. Nasir menghibur di wad

Oleh Rosmah Mohd. Dain
Agenda hariannya ketat dan masa baginya amat berharga. Tetapi ini bukanlah alasan kepada M. Nasir untuk meminggirkan penglibatannya dengan aktiviti-aktiviti masyarakat.

Baru-baru ini M. Nasir mengadakan persembahan amal kepada 33 kanak-kanak yang mengidap lukiemia di Wad KK3, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Biar pun persembahan itu tidak semeriah konsert-konsert yang pernah diadakan oleh M. Nasir tetapi bagi kanak-kanak berkenaan, kehadiran M. Nasir suatu yang besar maknanya.

Bagi M. Nasir kehadirannya menyanyi kepada kanak-kanak bukanlah suatu yang luar biasa. Malah menganggap semua yang dilakukan itu sebagai sumbangan khidmat sosialnya kepada masyarakat.

``Ini hanya sumbangan peribadi yang kecil daripada insan seperti saya untuk masyarakat yang memerlukan,'' kata Nasir ketika ditemui selepas program yang dianjurkan oleh 24 petugas DIGI Telecommunications Sdn. Bhd. Program itu dinamakan Program Eksekutif Kecemerlangan DIGI (DEEP) baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, M. Nasir turut ditemani oleh tiga pemenang Ratu Cantik Malaysia/Dunia 2001 iaitu Sasha Tan, Mandy Ng dan Adele Lim.

M. Nasir menegaskan, perkara yang dilakukan itu merupakan tanggungjawabnya sebagai manusia.

Katanya, dia dilahirkan bukanlah hanya untuk menyanyi sahaja malah harus memainkan peranan yang besar dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat.

M. Nasir mengakui tidak kisah untuk mengunjungi dan menyanyi di wad tanpa tepuk sorak peminat. Sebaliknya menghiburkan kanak-kanak seperti yang dilakukan hari itu adalah sumba-ngan amal yang ikhlas.

``Mereka barangkali memerlukan saya,'' katanya.

Dalam kunjungan itu, M. Nasir menyatakan rasa pilunya melihatkan nasib kanak-kanak tersebut.

``Saya cuba menghiburkan mereka tetapi kita tidak tahu bagaimana reaksi mereka kerana mereka sakit. Kita tidak tahu bagaimana kesakitan yang mereka alami,'' katanya.

Menurut M. Nasir, dia hanya yang mampu memberikan anak-anak itu semangat dan harapan untuk meneruskan hidup ini.

Dalam memori....abdullah ahmad badawi...

Kanak-kanak dikenali Pak Lah meninggal

MELAKA 10 Mac - Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.

Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.

Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.

‘‘Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,’’ katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13, dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.

Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz, 22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; Siti Hajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem, 6.

Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

‘‘Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari saja di rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di Hospital Melaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini,” katanya.

Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisik di telinganya mengatakan sesuatu.

‘‘Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya,” katanya.

Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.

‘‘Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian,” katanya.

Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik.

‘‘Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu,” katanya.

Monday, March 21, 2011

nouvo lc


nak beli..nak beli..lepas nih jom rempit kat kg baru..yehuuuu

Saturday, March 5, 2011

ToDaY iS mY BiRthDaY....smile

wah...today is my birthday.bertambah lagi usiaku.bertambah juga pengalaman yang dilalui.pelbagai ujian dan onak duri yg telah aku lalui.terima kasih Allah s.w.t kerana masih memberi aku kekuatan untuk melalui segala ujian yang telah kau beri padaku yang kerdil ini.amin