Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, December 10, 2010

kalau hidup nih sesenang itu.......

 ''when a deep injury is done us,
       we willnever recover until we forgive''

andainya kita senang memaafkan orang yang melakukan kesalahan pada kita sesenang untuk mengucapinya..alangkah indahnya hidup ini.tapi mungkin ada benarnya dengan memaafkan,kita dapat melupakan kesakitan atau keperitan itu.walaupun ia mengambil masa yang lama..aku berharap akulah insan yang bertuah itu yang dapat memaafkan diri mereka2 yang telah menikam aku dari belakang..moga-moga allah mengabulkan doa aku ini...amin


Monday, November 15, 2010

copy paste from utusan

Siti Zubaidah harap belas

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

ABDUL Razak Ali memangku anaknya, Siti Zubaidah manakala isterinya, Supilah Husin hanya mampu termenung di hadapan rumah papan mereka memikirkan nasib anak bongsunya yang menghidap penyakit leukemia kronik di rumahnya di Kampung Baru Cenderawasih, Sungai Miang, Pekan, semalam.

PEKAN 14 Nov. - Jika dilihat dari luar, Siti Zubaidah Abd. Razak, 4, tidak ubah seperti kanak-kanak perempuan lain, yang ceria menjalani kehidupan hariannya.

Dari hujung rambut hingga hujung kakinya langsung tidak menunjukkan tanda yang kanak-kanak ini menghidap sebarang penyakit.

Namun di sebalik wajah cerianya itu, tersimpan cerita mengenai penyakit leukemia kronik malah dipercayai sudah tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

Walaupun dia hanya kanak-kanak dan tidak mengetahui apa-apa, Siti Zubaidah kelihatan begitu tabah menghadapi dugaan itu.

Meskipun sudah tidak mempunyai harapan untuk sembuh namun bapanya, Abdul Razak Ali, 55, tidak pernah berputus asa untuk mengubati penyakit anaknya.

Katanya, punca penyakit anaknya itu diketahui sejak lima bulan lalu apabila anak bongsunya itu mula demam sebelum darah keluar dari hidungnya.

"Saya terus menghantar dia ke Hospital Pekan sebelum doktor di situ menyarankan supaya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

"Hampir seminggu anak saya berada di HTAA, doktor kemudian menyarankan supaya anak saya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengetahui punca penyakit anak saya. Di situlah doktor mengesahkan anak saya menghidap penyakit leukemia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Cenderawasih di sini hari ini.

Katanya, bermula saat itulah dia mula berulang-alik ke HKL untuk menghantar Siti Zubaidah menerima rawatan.

"Kira-kira sebulan lalu Siti Zubaidah ditahan di wad sebelum doktor mengesahkan bahawa dia tidak boleh diselamatkan lagi.

"Doktor memberitahu bahawa darah putih anak saya terlalu banyak sehingga 60 peratus daripada darah merah," katanya dalam nada sedih.

Abd. Razak memberitahu, selepas diarah pulang dari HKL semalam, dia kini berhasrat merawat penyakit anaknya yang berada di tahap akhir dengan perubatan tradisional.

Namun apa yang merunsingkan Abdul Razak dan isteri, Supilah Husin, 50, ialah kos perubatan yang ditanggung sepanjang lebih sebulan Siti Zubaidah menerima rawatan di HKL sejak disahkan menghidap leukemia.

Dia kini memerlukan kira-kira RM5,000 untuk melangsaikan bayaran yang masih tertunggak.

Siti Zubaidah yang dilahirkan sihat kini menerima rawatan bulanan termasuk kos ubat-ubatan bernilai hampir RM400 sebulan.

Dengan keadaan hidupnya yang daif dengan bekerja sebagai pembersih kebun, Abdul Razak hanya memperoleh pendapatan antara RM30 hingga RM40 sehari untuk menyara lima ahli keluarganya dan tidak mampu menampung kos tersebut.

"Saya hanya berharap ada orang dapat membantu menyelamatkan anak saya ini dan membantu menyelesaikan bayaran kos anak saya semasa berada di HKL," katanya.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Bumiputra Commerce bernombor 1210-0014164-52-8 atau alamatkan kepada Abdul Razak Ali, No. B46, Kampung Baru Cenderawasih, Sungai Miang, Pekan atau menghubunginya di talian 013-9071613.

Wednesday, November 3, 2010

lawatan sek.ren sapura mart school-2/11/2010

Lawatan ke Pediatrik

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Para pelajar dari Sekolah Rendah Sapura Smart Schoo menyampaikan sumbangan mereka kepada wakil Persatuan Kebajikan Kanser Kanak-Kanak.

KATA pepatah Arab, mendidik sewaktu kecil bagai melukis di atas batu, manakala mendidik semasa dewasa umpama melukis di atas air. Pepatah itu membawa maksud, sikap atau sifat seseorang itu lebih mudah dibentuk ketika mereka kecil, berbanding apabila menginjak dewasa.

Menyedarinya, Sapura Smart School, baru-baru ini membawa sembilan pelajar sekolah itu mengadakan lawatan sambil menyerahkan sumbangan ikhlas ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sembilan pelajar sekolah rendah Sapura Smart School tahun 4, 5 dan 6 itu dipilih dari kalangan pengawasnya sebagai wakil.

Pengetua Sekolah Rendah Sapura Smart School, Muhammad Putera Hamzah berkata, objektif utama lawatan itu adalah bagi memupuk nilai murni dalam diri pelajar supaya prihatin, faham dan dekat dengan penderitaan golongan susah.

“Nilai murni ini penting dalam memastikan mereka membesar menjadi individu berjaya yang mempunyai pekerti mulia, dihormati dan sentiasa membantu golongan memerlukan.

“Program ini juga bertujuan menggalakkan warga Sapura yang terdiri dari pelajar, guru dan kakitangan untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

“Bagi Sapura Smart School, kejayaan akademik perlu seiring dengan peribadi yang baik bagi melahirkan individu cemerlang kepada bangsa, agama dan negara,” katanya ketika ditemui di Institut Pediatrik HKL, baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden Kumpulan Sokongan Keluarga, Datuk Dr. Zulkharnain Ismail dan sembilan guru sekolah berkenaan.

Muhammad Putera berkata, warga Sapura Smart School dibawa melawat pesakit di dua wad kanak-kanak iaitu wad kanser dan wad ortopedik.

Pada lawatan itu, katanya, Sapura Smart School menyerahkan sumbangan wang tunai RM3,000 dan 50 hamper barangan makanan bernilai RM50 setiap satu kepada Persatuan Kanser Kanak-Kanak (PEKA) yang menguruskan keperluan pesakit di institut berkenaan.

“Sumbangan itu adalah sebahagian hasil keuntungan berjumlah RM111,000 yang diperoleh daripada acara fun fair yang kami anjurkan pada Mei lalu.

“Acara fun fair itu juga adalah antara usaha kami dalam menggalakkan masyarakat membantu golongan memerlukan dengan cara mengenakan kepada mereka kadar bayaran untuk masuk dan menyertai aktiviti yang disertai.

“Keseluruhan keuntungan itu akan disalurkan untuk kepentingan masyarakat seperti pesakit hospital, sekolah dan alam sekitar,” ujarnya.

Menurut Muhammad Putera, sekolah itu juga sentiasa berusaha memupuk nilai murni di kalangan warganya sejak dahulu.

Beliau berkata, Sapura Smart School pernah membawa cikgu dan pelajarnya ke kediaman keluarga miskin yang nama mereka diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, sehingga kini, pelajar sekolah itu terbukti bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum, tetapi juga dalam soal menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Selain itu, Ketua Jururawat Wad Onkologi HKL, Roszitah Sham memberitahu, lawatan yang dianjurkan Sapura Smart School itu mampu membantu pesakit lebih bersemangat untuk melawan penyakit supaya cepat sembuh.

Ujarnya, sehingga hari ini, selain Sapura Smart School, institut itu ‘tidak menang tangan’ menerima kunjungan dan bantuan dari banyak pihak yang menyokong usaha merawat pesakit.

“HKL amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Sapura Smart School yang sudi melawat dan menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak di wad ini.

“Sumbangan disalurkan Sapura Smart School ini akan digunakan untuk kebajikan pesakit.

“Contohnya, ia termasuk menyediakan tambang kepada pesakit miskin yang tinggal jauh bagi memudahkan mereka berulang-alik ke HKL untuk rawatan dan memberi saguhati kepada pesakit yang meninggal dunia,” katanya.

Thursday, October 21, 2010

MY FAMILY BERHAARI RAYA....

kegembiraan menyambut aidilfitri bersama keluarga ..
takkan kulupa detik itu..
bersama-sama ahli keluarga..
bergelak-tawa,
mengimbas memori lama,
dan
sesekali bertelingkah pendapat.
walau apa jua yang berlaku...
jangan sesekali...
MELUPAKAN AKU..
                                        
                              





Wednesday, October 20, 2010

warna warni di ict, shah alam



kenangan adalah sesuatu yang amat berharga.....inilah sebahagian dari kenanganku bersama-sama ahli keluarga.
              indahnya pemandangan..alangkah bertuahnya kita andai setiap malam dapat menikmati
                                                       pemandangan sebegini.
 
                     photografi adalah satu cara lagi untuk menglengkapkan kenangan dlm kehidupan

                                       wow...umpama oversea..

                                                         di sinari lampu-lampu neon
                                                                        rumah sejuk

Monday, August 2, 2010

rindunyer...


anak2 sedara yang memang aku sayangi...



 my parents......ba and ummi,
 kasih seorang ibu ibarat air yang mengalir,tidak akan putus.
hargailah kedua ibubapa kita selagi hayat dikandung badan...



Saturday, June 26, 2010

pertemuan dan perpisahan



suatu pertemuan
permulaan sebuah perkenalan
namun sepanjang mana perkenalan itu
ia pasti diakhiri perpisahan
mengapa harus ditangisi suatu perpisahan itu
kerana ia bukan penghujung kehidupan.
kerana pertemuan yang lain akan berlaku
membuka naskah baru sebuah perhubungan
biar luka perpisahan menjadi memori
atau satu teladan untuk mencipta satu perhubungan baru.
kuatlah semangat!
masih ada pertemuan lain dihadapan kita
sehingga saat itu yang akan tiba
kita tidak boleh berdalih,tidak boleh melawan
bertemu yang esa
lalu,mengakhiri segala hubungan duniawi.

Sunday, May 30, 2010

kenangan hari samalam

tiba2 masa upload gmbr kat fb,aku teringat masa kat a farmosa resort..hepi rasanya pada masa tuh dgn pt n parent diorg...penat memang tak terkira tapi memang berbaloi menimba pengalaman disana..tak rugi lah....semoga kalian sentiasa sihat hendaknyer..



 inilah hasil lukisan yang mereka telah hasilkan...sessudah penat berhempas pulas..inilah yang telah mereka hasilkan.walaupun masa tu baru jer sampai kat melaka..nampaknya mereka lebih kuat dari aku sendiri yang sememangnya kepenatan..chayok-chayok




ada diantara mereka ini telah kembali ke rahmatullah...al fatihah...insyaalah syurga tempatmuadik-adikku...doaku sentiasa mengiringi kalian...amin







Saturday, February 13, 2010

salam perkenalan

ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya.Indahnya ukhwah itu andainya kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain..Imam Al-Ghazali..